Laman

Rabu, 02 November 2011

Keistimewaan Wanita dalam Islam

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat dari pada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia- sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10.000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya."

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu-bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga shalat dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Dari Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka." 

Senin, 31 Oktober 2011

Masa Lalu Tak Kan Bisa Buat ku Rapuh

.Andai aku bisa memutar waktu, ku ingin kembali ke .....thn yg lalu ketika aku mengenal dan dekat denganmu,.

.Cinta yang terbalaskan tak kan pernah ku lupakan. Dan akan aku jaga cinta itu sampai akhir nafasku,.

.hari2 ku jalani dg senyum palsu. Hampir tiap malam ku teteskan penyesalanku. Tak henti ku berharap tulus cintamu hadir seperti dulu,.

.namun, kini jalan kita telah berbeda. Kau telah mndapatkan kebahagiaanmu,.

.dan aku ????!
Hmmm, nyaris ku menyerah . ga ada lagi kebahagiaan di hidupku,.

.Hingga aku mencari,.
Mencari, mencari dan terus mencari arti hidup, arti cinta, arti semua yg ku alami,.
Dan ada beberapa pesan yg bisa kuambil dr semua ini,.

# Cara paling baik tuk menghindari rasa kecewa adl berhenti terlalu berharap & persiapkan diri untuk menerima apa adanya.

# Jangan menghabiskan waktumu tuk memikirkan apa yang telah hilang dimasa lalu. Hidup ini melangkah ke depan, bukan ke belakang. MOVE ON !

# Jangan biarkan kegagalan buatmu takut tuk mencoba. Ingatlah tuk tau apa itu bangkit, kamu harus tau seperti apa rasanya jatuh.

# Dalam hidup, Tuhan selalu berikan yang terbaik untukmu, mungkin bukan terbaik yang kamu mau, tapi pasti yang terbaik yang kamu butuh :)